Copyright © Pusat Jagaan Kanak Kanak
Design by Dzignine
Isnin, 9 Februari 2015

Lokasi Kami


Lokasi premis kami dipilih kerana terletak ditepi jalan yang agak besar. Kedudukan agak strategik dan dapat dilihat dari jauh. Untuk menyerlahkan lagi Mahkota Child Day Care Centre ni, 'flagline' dan banner dipasang bagi memudahkan para ibu bapa mencari kami.


Namun, ada beberapa parent yang datang ke sini menceritakan pengembaraan mereka dalam usaha mencari Mahkota Child Day Care Centre ini. Frust juga dengar sebab kami dah cuba menonjolkan taska ni.

Setelah di kaji pandangan dari jalan besar, memang sangat baik. Sesiapa yang melalui jalan ini wajib akan ternampak Mahkota Child Day Care Centre. Tapi kalau dilihat dari Jalan Dayang 10/8, rumah yang bernombor 18 ni agak tersorok. Sebabnya pintu pagar kami menghadap sepanjang Jalan Dayang 10/8. Berbeza dengan jiran jiran lain, rumah lain semuanya mengadap padang. Tambah memburukkan keadaan, rumah jiran sebelah telah di'extend' sehingga taska kami langsung tak kelihatan.

Jadi di sini kami ingin memberi sedikit tips untuk sesiapa yang berhajat mencari kami untuk mendapatkan khidmat penjagaan bayi dan kanak kanak di Mahkota Child Day Care Centre.


Bagi pengguna telefon pintar, anda boleh mencari lokasi menggunakan google maps. Kalau nak guna waze pun boleh juga.

Kalau tak jumpa juga, bolehlah hubungi Puan Idayu - 0102380871 atau En Khairuddin - 0143344455.

0 ulasan:

Catat Ulasan