Copyright © Pusat Jagaan Kanak Kanak
Design by Dzignine
Isnin, 9 Februari 2015

Yuran Khidmat Penjagaan Bayi Dan Kanak Kanak

Jadual yuran penjagaan bayi dan kanak kanak di Mahkota Child Day Care Centre
Kategori Umur
Yuran Bulanan
Bayi (2 bulan - 6bulan)              
Bayi (7 bulan - 1 tahun)          
Todler (1 tahun – 2 tahun)      
Kiddy (3 tahun – 4 tahun)      
Transit
RM450.00                            
RM400.00                    RM380.00                              RM350.00                          RM200.00
Yuran Pendaftaran
Pelajar Lama                              Pelajar Baru
RM    0.00
RM100.00



Caj yang dikenakan adalah untuk waktu operasi kami iaitu Isnin hingga Jumaat (7.00 am hingga 6.00 pm) dan Sabtu (7.00 am hingga 12.00 pm). Sekiranya ibu bapa mengambil anak selepas waktu operasi kami, caj RM5.00/jam dikenakan. Taska ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Bayaran perlu dibuat sebelum 5 hb setiap awal bulan. Pihak kami tidak akan memulangkan sebarang yuran sekiranya anak tidak dihantar walaupun bayaran penuh telah dibuat. Pihak kami juga akan menolak kehadiran kanak kanak yang belum melunaskan yurannya.

Yuran yang dikutip adalah untuk membiayai kos sewa premis, elektrik, air, alat permainan, alat bantu mengajar, gaji pengasuh, kos pengurusan dan lain lain kos yang berkaitan. Oleh itu, semua bayaran adalah UNREFUNDABLE.

Yuran khidmat penjagaan bayi dan kanak kanak di Mahkota Child Day Care Centre adalah sangat berpatutan dan antara yang termurah di Bandar Mahkota Cheras. Malah, yuran kami jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu RM500 sebulan.  Ini kerana kami memahami kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh ibu bapa. Namun, ibu bapa juga perlu memahami kami juga menanggung pelbagai kos untuk memastikan kelancaran operasi pusat jagaan bayi dan kanak kanak ini.

1 ulasan: